Assalamualaikum semua.. Namaste.. π
Chennai, India.. Kali ini KA bertuah terpilih untuk FAT “Factory Acceptance Test” Di bandar ke-4 terbesar Di India. FAT ni kira pemeriksaan produk sebelum dihantar ke tapak projek. KA stay sini dalam 5hari.. 22/2 - 26/2/20.. So, byk juga laa boleh komen tentang tempat ni.. Populasi di tengah town chennai sajer dah 7 Juta orang. Belum termasuk daerah2 lain disekeliling Chennai.. Means korg boleh bayangkan betapa heavy traffic nya Di kota asal usul kaum india negara Kita. π Mungkin ramai berpandangan negatif pd bandar ni tetapi ada beberapa aspek agak menarik untuk anda tahu. KA mengaku memang dorg agak “kurang bersih dan berdisiplin “ berbanding kita di Malaysia. Penduduk Di Chennai ni terlampau ramai, susah kerajaan dorg nak control. Lebih-lebih lagi penduduknya majoriti kurang berpendidikan. Kalau nak lihat bab gaji boleh dilihat agak ketara jurang pendapatan mereka. Dari pemerhatian KA, KA boleh kategorikan kepada 3 Kelas Low, Medium dan High. Ada juga special kelas iaitu Artis.. Haa.. yg kelas ni memeng sgt dipandang tinggi laa kat sini. Dah mcm tuhan dorg dah. Ok back balik pada base line kelas tadi. Kelas tinggi memang jarang jumpa sbb mereka tak sebarangan keluar rumah. Beli sayur pon org belikan. Kos labor sgt rendah kat sini.. So, kalau dh high class memang takda masalah laa nak hire org gaji kan. Untuk medium class, boleh kata hanya 30% jer duduk kelas ni. Biasa kelas ni kerja Doktor, Engineer and etc.. Paling best Low and extra low class.. dorg hidup kais pagi makan pagi.. kalo teruk sgt memang keje meminta2 laa kat pasar tu. Tapi ada juga KA jumpa yg bagus. Dorg tak amik duit, dorg minta belikan buah or makanan dorg. Tapi hati-hati laa.. Ada sesetengah tu silap bagi dorg ikut anda siap panggil geng dorg lagi.. π
Baiklah, KA akan komen serba sedikit pengalaman dari aspek kebersihan dan apa yang syok untuk KA suggest korg tempat penginapan, pengangkutan, tempat menarik, makanan, tempat shopping dan persiapan yang sesuai untuk korg yg bercadang nak melancong/ melawat ke Chennai India ni....
Penginapan / Hotel
Di Chennai mmg senang nak cari Hotel.. tapi untuk korg KA syorkan pilih Hotel 4 ⭐️ keatas.. jgn terkezut Di Chennai ada Hotel 7 ⭐️.. serius laa.. π
korg blh survey kalau tak caya. Sebab apa 4 ⭐️ keatas? Sbb untuk menjamin korg tak sakit perut dan selamat. Tak mahal sgt pon dalam range RM 150 -RM500 semlm. Utk keselamatan setiap Hotel ni ada metal scan mcm Di airport tu.. so, jgn takut mereka mmg sgt jaga customer mereka. Even, sampai breakfast menu pon mereka serve sendiri kat korg. Satu kesalahan kalau korg bg tips kat waiter tau.. dorg mmg dipantau. So let’s enjoy dgn serve dorg. KA nak bgtau korg, di Chennai sumber air paip dtg dari air laut yg disulin di utara dan selatan Chennai.. So, bila korg rasa air kat paip bilik akan rasa masin skt. Pesanan KA jgn minum ekk.. kumur & basuh2 jer boleh..πBagi KA , supplier Kilang utk FAT tu dh bookg kami Di Hotel Feathers A Radha Hotel di Adyar. Hotel mmg terbaik.. kebykkn Makanan halal dan terjamin.. Chif Chef siap buat kelas masak2 lagi utk kami.. kenangan plg best msk dapur n dpt gift lagi dr Chif Chef π¨π³π Gambar hotel mcm kat bawah ni...
Feathers A Radha Hotel
Bilik ku..π₯°
Lobby Hotel
Pengangkutan
Perkara plg penting anda perlu tahu tahap pemandu Di Chennai ni dah sampai tahap dewa. Selit menyelit mmg power.. Ada polis traffic pon mcm xda..π
- Uber/Olaa - So nasihat KA naik la Uber atau Olaa demi keselamatan. Install apps tu siap2 Di hotel.. satu lagi nasihat KA starting point anda biarlah dilobi hotel baru anda tak kena reject. Nasihat berguna ni πππ
- Tut tut/ Bajaj- Kenderaan kuning beroda tiga.. πΊ Anda kena berhati2 jika naik kenderaan ni takut kena “ketuk “. Lagi2 foreigners mereka mmg letak harga mengarut. Paling senang anda blh compare dgn harga Uber td. Utk perjalanan dekat Bajaj ni paling bagus n sempoi. Pengalaman KA siap bawa lagi bajaj ni tp kat laman kilang tu jer laa mcm kat gambar. π
- Metro/ subway/ LRT- Apa.. korg ingat chennai tak modern ker.. π Pada siapa yg pilih ni jarak stesen ke stesen mmg dekat. Tapi KA x suka sbb nak naik metro kat KL pon ada kan.. huhu
- Chennai Express - Hahaha.. ni pengalaman yg tak boleh lupa. Perkara wajib anda Di Chennai ialah naik keretapi ni.. terpengaruh dgn filem shah rukh khan laa ni.. ππ€£π€£ Harga tiket RM 50 sen jer utk lepas 5 stesen.. tapi azab nya anda tahu sendiri nnt.. π€£π€£π€£ Nasihat KA jgn selfie Di luar train ni. Anda boleh didenda 2,500 Rps.. KA terlepas sbb tak tau.. πππ
Traffic jam Di Chennai
Bajaj/ Tut tut
Chennai Express
Makanan
Part ni memang syok.. Korg pon tau negara India ni terkenal dgn rempah ratus nya.. Jadi amik peluang ni rasa mcm2 menu kat sini..ππ Cuma nasihat KA korg pastikan air yg korg minum adalah bersumberkan air yg betul.. Paling senang korg belilah air mineral dlm botol.. kat sini byk.. tak payah bwk dr Malaysia. Kalau korg stay kat Hotel 5 star ⭐️ jgn risau makanan semua terjamin.. tiap2 hari menu lain2.. hotel ktorg stay laa.. xtau laa hotel lain2 π Utk makluman korg mmg ada port makanan yg halal lagi sedap kat sini. Contoh kedai Hotel Buhari, Telapakatti dll.. Korg kena try Nasi braini kat sini.. setiap kedai lain2 rasa.. superb dan aku gredkan nasi braini terbaik sepanjang abad.. ππ
Ada mcm2 lagi lauk rempah yg korg kena try.. seriously sedap dan korg mst takkan lupa..πππ
Port Breakfast Di Hotel π
ππππ₯°π₯°
Nasi Baryaini best selain Talappakatti
Shopping
Kalau nak dikira time apa paling best jawabnya shopping time laa.. π π€£π€£π€£ korg pun tau KA duk kat India .. jadi bg kaum hawa ni memang baju dorg Sari laa tak lain tak bkn.. π
So, byklaa pesanan kain sari dpt.. Kain kat sini murah2 org ckp.. betul.. mmg murah. Tapi korg kena pergi kedai yang betul.. Nasihat KA pergi kedai yg besar2.. Bila kedai besar stocks Kain Sari byk dan korg akan dpt byk Pilihan yg cantik2 dan murah.. Kalau kedai kecik2 ni Stock dorg amik tak byk dan harga agak mahal skt.. Utk makluman korg, Ada 2 company yg kira Ikan paus kat Chennai ni.. 1. Portty 2. Saravana.. kedai dorg ada byk cawangan.. tp paling besar di T Nagar. Dekat2 jer kedai dorg..kira mcm kat Malaysia Kedai Portty = Gulati & Saravana = Jakel.. π KA memilih kedai Portty sebab selesa dan kualiti kain yg bagus telah dipilih.. medium dan high class akan cari kain kat sini.. Dekat Saravana pon ok jgk.. cuma system dorg agak byk proses.. jadi malas nak layan. Mcm mne tau? Sbb KA dh beli kain kat sana laa.. π
π
Tapi bagusnya Kedai Saravana ni dorg ada kedai runcit.. so pada korg nak beli rempah ratus bwk blk kat sini jgk.. πππ Di India kedai runcit Di tgkat atas sbb nak elak kecurian.. korg taulaa rakyat ramai bukan senang nak control lagi2 yg kelas lg rendah dr Low class.. huhuhu..
Port Shopping Kain Sari murah & kualiti
Port beli rempah
Port beli kain sari murah jgk
T Nagar
Ok laa.. setakat ini sajer coretan KA kali ni utk trip Di Chennai India.. harap2 dapat membantu korg yg teringin nak travel or melancong or FAT kat sana.. Korg boleh komen dan bg pendapat korg tentang blog ni..
Sekian..
Ir. Khairull Amrey- KA
26/2/2020
No comments:
Post a Comment