Friday 3 March 2023

Trail ke SK Longkogungon, Sabah

Assalamualaikum semua... 

TRAIL SK LONGKOGUNGON, PENAMPANG SABAH
12.2.2023

Hai ging... Kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku lead group Trail ke Sekolah Kebangsaan (SK) Longkogungon... Sebelum tu aku meh aku cerita sikit secara ringkas lokasi, jarak dan macam mana aku terjebak pergi sini. OK... SK Longkogungon adalah sekolah rendah yang paling pendalaman dan hujung di Daerah Penampang.. Buat masa ni, hanya laluan trail sahaja sebagai ekses utama ke sekolah ni.. Ye betul!! hanya berjalan kaki sahaja.. yang lain kena naik helikopter laa.. bayangkan kalau ada kecemasan..ehmmm...😐 Ada 2 laluan akses ke sini iaitu melaui SK Buayan dan Bt. 32, Penampang dekat dengan Gunung Emas, Tambunan. Dah masuk daerah lain laa pulak..😅 Untuk laluan dari SK Buayan tu nanti aku buat blog macam mana nak ke sana sebab laluan ke sana pon boleh tahan mencabar juga....hahaha.. 🤣 OK..untuk laluan dari Bt. 32 korang boleh naik kereta dari Bandar KK ke Bt.32 melalui jalan Donggonggon - Tambunan.👮.. 

Laluan Trail Kg. Podos

Jalan berbukit dan selekoh tajam. Jadi hati hati laa ya bawa kereta tu..💦💦 Korang boleh park kereta di pondok khas di tepi jalan macam dalam gambar di bawah ni..

Pondok Bt.32, Penampang

Memandangkan group aku pergi trail ni hari ahad, jadi tak ramai laa orang yang lalu lalang kawasan ni.. Nasihat aku kalau nak pergi trail ni bawa lah orang yang tahu jalan trail ni...😁 Sebab... korang akan melalui trail yang hutan simpan yang berkabus dan berlumut. Kalau laa sesat "kedapatan" laa orang sabah bilang.. 🙊 Jarak trail dari Bt.32 ke sekolah sejauh 12 km pergi sahaja..

Laluan Permulaan

 OK... Trail kami start pukul 7.30 pagi.. Alhamdulillah cuaca cantik..😚 pada stage permulaan trail ni korang akan disajikan dengan keindahan pokok-pokok tinggi yang berlumut.. ditemani sembusan angin dingin sepoi sepoi bahasa... 💨💨💨 memang healing habis laa... lagu tenang....ribut jiwa pon masuk dalam kepala korang...😂 tanpa sedari organ dan paru-paru korang pon terasa menari nari lepas dapat oksigen yang amat-amat segar...gittewww... Stage berikutnya korang akan masuk dalam kawasan hutan simpan... yezza hutan simpan.. INGAT!! jangan buat sebarangan yaa... dan jangan masuk tanpa permit..😜 

Yang bestnya setiap 1km korang akan jumpa pondok yang lengkap dengan bekalan air dan tandas.. tapi kemudahan ni sampai 3 km jer laa... hahaha..poyo pulak gambar kawan aku ni..😑 

Pondok Pesinggahan
 



Then, korang akan jumpa persimpangan trails macam dalam gambar dibawah ni...

Simpang Trail Podos & Duguson


OK.. untuk laluan pergi kami memilih untuk melalui Trails Podos.. dan balik melalui Trail Doguson..💪 Aku cerita ringkas sikit laa ya lalui Podos ni.. laluan Trail Podos ini agak lebih panjang dari Doguson..jarak lebih kurang 9 Km dari persimpangan ini.. laluannya agak mencabar, licin dan agak berbahaya sikit.. laluan agak licin, berlumut, berbatu-batu dan sempit sikit.. 🙆... tapi bukan laa sepanjang laluan tu.. ada spot-spot tertentu jer.. dan ada juga bergaung.. ini sebab korang akan menuruni bukit dan gunung... 😅 Korang juga akan melalui jalan kampung pendalaman.. ada anjing laa.. tapi standby laa makanan sikit untuk dia.. itu pon nak kedekut ker..😆 Ohhh lupaa.. laluan ni ada pacat tau.. So, check laa kaki korang.. mana tau dia berkenan kaa darah korang... Hahahaha..

Cuba cari pacat 😅

 

Dalam perjalanan korang akan jumpa beberapa anak sungai.. kat situ nanti korang boleh laa topup air korang..or buat refreshing skt.. jangan risau.. air bersih.. mineral natural kot... tak payah nak beli...😝 


Sedar tak sedar dah hampir 4 jam berjalan dan lari sikit-skit dalam hutan ni... cheeewahh.. poyo.. kami sampai di lokasi yang dituju...Alhamdulillah... hahaha.. 

 


OK.. hampir selesai misi..😊 Sebenarnya, kami ni kerja bahagian pendidikan.. jadi, sambil kami trail ke sekolah ni kami pon tengok-tengok apa yang patut untuk kami bantu laa... kami ni sebenarnya pakai sedah jer.. tiada guide.. jadi mula-mula tu kena tegur laa dengan guru besar sekolah masa starting trail tuu... teserempak pulak dengan dia... 🙇🙈😉 Alhamdulillah laa sampai juga.. tapi... tapi..macam mana nak balik.. sebab pihak sekolah maklum biasa orang akan tidur semalam di sekolah.. bermula lah Drama kami...😰😰😰

Kisah perjalanan balik rupanya lagi mencabar... selepas perjalanan pergi menuruni bukit dan gunung.. maka, perjalanan balik adalah menaiki laa pulak kan....😂😂😂 Kedapatan lahhh kami.. dengan ada ging yang injured dan macam-macam... 😢😩..

Untuk perjalanan balik kami melalui Trail Duguson.. untuk laluan trail ni korang akan melalui denai-denai sungai... dan lereng-lereng bukit... So, berbatu-batu laa... tapi kali ni  batu sungai.. tidakla berlumut sangat cuma kaki korang basah laa... masuk sungai kan..😆😅 Stage permulaan akan lalu sungai ...


Kemudian, korang akan jumpa persimpang podos dan duguson... kami pilih duguson pula.. Oleh sebab laluan ni agak mengelirukan sebab banyak lalu sungai.. jadi better korang ambil guide.. hahaha..😅 

 

Selepas korang jumpa titi gantung korang akan mendaki..mendaki dan terus mendaki...😑😆😅.... jadi pastikan korang cukup stamina untuk Trail Daytrip macam kami ni... Agak amat mencabar kalau tidak fit betul-betul... tapi bagi trip kami, memandangkan ada ahli group kami yang injured, kena redha laa... kita kan group.. sama-sama susah senang.. dengan bekalan makanan dan kelengkapan betul-betul prepare maka kami telah berjaya sampai ke tempat permulaan kami tepat jam 10.15 malam..... Alhamdulillah.... HAHAHAHA... The End..😄


Kesimpulan:-

Secara kesimpulanya boleh aku katakan trail ni agak mencabar bagi yang beginner hiking. Bagi yang telah biasa aku rasa tempat ni boleh dijadikan trails trainning... best sebenarnya kalau betul-betul prepare untuk trail di sini... Tapi... aku suggest kepada sesiapa nak ke sini dan tidak tahu jalan track disini boleh hire guider.. ada jer cikgu sekolah atau aku sendiri boleh tolong guide..🙈🙊.. Untuk makanan, belilah makanan lebih untuk persediaan.. atau nak sedekah sikit kat budak-budak yang tinggal di asrama sekolah.. Untuk pakaian korang boleh pakai seluar tight atau yang sesuai untuk kurangkan gigitan pacat.. hahaha.. tapi tak banyak sangat pon.. 😅 Cuma kalau nak santai-santai aku suggest bermalam di sekolah.. mean traip korang 2hari 1 malam.. boleh jer tumpang tidur di sekolah.. kalau sekolah izinkan laa.. atau bawa khemah sendiri paling bagus....👍 Sekolah dekat dengan air sungai yang jernih dan sejuk... So memang best laa mandi pagi-pagi.. hahaha... Ok aku rasa sampai sini jer untuk perkongsian aku kali ini... Insha Allah kita jumpa lagi... jangan lupa komen untuk menaikkan semangat aku kongsi tempat-tempat TRAIL MENARIK di Sabah ni...

Jumpa lagi... Assalamualaikum.. 😊


IR. AMREY
019- Dua Lapan Satu Kosong Empat Dua Empat
SANG PERANTAU


    

Thursday 27 February 2020

Apa Menarik Di Chennai India

Assalamualaikum semua.. Namaste.. 😅

Chennai, India.. Kali ini KA bertuah terpilih untuk FAT “Factory Acceptance Test” Di bandar ke-4 terbesar Di India. FAT ni kira pemeriksaan produk sebelum dihantar ke tapak projek. KA stay sini dalam 5hari.. 22/2 - 26/2/20.. So, byk juga laa boleh komen tentang tempat ni.. Populasi di tengah town chennai sajer dah 7 Juta orang. Belum termasuk daerah2 lain disekeliling Chennai.. Means korg boleh bayangkan betapa heavy traffic nya Di kota asal usul kaum india negara Kita. 😉 Mungkin ramai berpandangan negatif pd bandar ni tetapi ada beberapa aspek agak menarik untuk anda tahu. KA mengaku memang dorg agak “kurang bersih dan berdisiplin “ berbanding kita di Malaysia. Penduduk Di Chennai ni terlampau ramai, susah kerajaan dorg nak control. Lebih-lebih lagi penduduknya majoriti kurang berpendidikan. Kalau nak lihat bab gaji boleh dilihat agak ketara jurang pendapatan mereka. Dari pemerhatian KA, KA boleh kategorikan kepada 3 Kelas Low, Medium dan High. Ada juga special kelas iaitu Artis.. Haa.. yg kelas ni memeng sgt dipandang tinggi laa kat sini. Dah mcm tuhan dorg dah. Ok back balik pada base line kelas tadi. Kelas tinggi memang jarang jumpa sbb mereka tak sebarangan keluar rumah. Beli sayur pon org belikan. Kos labor sgt rendah kat sini.. So, kalau dh high class memang takda masalah laa nak hire org gaji kan. Untuk medium class, boleh kata hanya 30% jer duduk kelas ni. Biasa kelas ni kerja Doktor, Engineer and etc.. Paling best Low and extra low class.. dorg hidup kais pagi makan pagi.. kalo teruk sgt memang keje meminta2 laa kat pasar tu. Tapi ada juga KA jumpa yg bagus. Dorg tak amik duit, dorg minta belikan buah or makanan dorg. Tapi hati-hati laa.. Ada sesetengah tu silap bagi dorg ikut anda siap panggil geng dorg lagi.. 😅Baiklah, KA akan komen serba sedikit pengalaman dari aspek kebersihan dan apa yang syok untuk KA suggest korg tempat penginapan, pengangkutan, tempat menarik, makanan, tempat shopping dan persiapan yang sesuai untuk korg yg bercadang nak melancong/ melawat ke Chennai India ni....

Penginapan / Hotel 
Di Chennai mmg senang nak cari Hotel.. tapi untuk korg KA syorkan pilih Hotel 4 ⭐️ keatas.. jgn terkezut Di Chennai ada Hotel 7 ⭐️.. serius laa.. 😅 korg blh survey kalau tak caya. Sebab apa 4 ⭐️ keatas? Sbb untuk menjamin korg tak sakit perut dan selamat. Tak mahal sgt pon dalam range RM 150 -RM500 semlm. Utk keselamatan setiap Hotel ni ada metal scan mcm Di airport tu.. so, jgn takut mereka mmg sgt jaga customer mereka. Even, sampai breakfast menu pon mereka serve sendiri kat korg. Satu kesalahan kalau korg bg tips kat waiter tau.. dorg mmg dipantau. So let’s enjoy dgn serve dorg. KA nak bgtau korg, di Chennai sumber air paip dtg dari air laut yg disulin di utara dan selatan Chennai.. So, bila korg rasa air kat paip bilik akan rasa masin skt. Pesanan KA jgn minum ekk.. kumur & basuh2 jer boleh..😁Bagi KA , supplier Kilang utk FAT tu dh bookg kami Di Hotel Feathers A Radha Hotel di Adyar. Hotel mmg terbaik.. kebykkn Makanan halal dan terjamin.. Chif Chef siap buat kelas masak2 lagi utk kami.. kenangan plg best msk dapur n dpt gift lagi dr Chif Chef 👨‍🍳😍 Gambar hotel mcm kat bawah ni... 

Feathers A Radha Hotel




Bilik ku..🥰


Lobby Hotel 



Pengangkutan
Perkara plg penting anda perlu tahu tahap pemandu Di Chennai ni dah sampai tahap dewa. Selit menyelit mmg power.. Ada polis traffic pon mcm xda..😅 

  1. Uber/Olaa - So nasihat KA naik la Uber atau Olaa demi keselamatan. Install apps tu siap2 Di hotel.. satu lagi nasihat KA starting point anda biarlah dilobi hotel baru anda tak kena reject. Nasihat berguna ni 😂😂😂 
  2. Tut tut/ Bajaj- Kenderaan kuning beroda tiga.. 🛺 Anda kena berhati2 jika naik kenderaan ni takut kena “ketuk “. Lagi2 foreigners mereka mmg letak harga mengarut. Paling senang anda blh compare dgn harga Uber td. Utk perjalanan dekat Bajaj ni paling bagus n sempoi. Pengalaman KA siap bawa lagi bajaj ni tp kat laman kilang tu jer laa mcm kat gambar. 😂
  3. Metro/ subway/ LRT- Apa.. korg ingat chennai tak modern ker.. 😅 Pada siapa yg pilih ni jarak stesen ke stesen mmg dekat. Tapi KA x suka sbb nak naik metro kat KL pon ada kan.. huhu 
  4. Chennai Express - Hahaha.. ni pengalaman yg tak boleh lupa. Perkara wajib anda Di Chennai ialah naik keretapi ni.. terpengaruh dgn filem shah rukh khan laa ni.. 😎🤣🤣 Harga tiket RM 50 sen jer utk lepas 5 stesen.. tapi azab nya anda tahu sendiri nnt.. 🤣🤣🤣 Nasihat KA jgn selfie Di luar train ni. Anda boleh didenda 2,500 Rps.. KA terlepas sbb tak tau.. 🙈😂😂
                                    Traffic jam Di Chennai 




                                       Bajaj/ Tut tut




                                    Chennai Express 



Makanan 
Part ni memang syok.. Korg pon tau negara India ni terkenal dgn rempah ratus nya.. Jadi amik peluang ni rasa mcm2 menu kat sini..😋😋 Cuma nasihat KA korg pastikan air yg korg minum adalah bersumberkan air yg betul.. Paling senang korg belilah air mineral dlm botol.. kat sini byk.. tak payah bwk dr Malaysia. Kalau korg stay kat Hotel 5 star ⭐️ jgn risau makanan semua terjamin.. tiap2 hari menu lain2.. hotel ktorg stay laa.. xtau laa hotel lain2 😂 Utk makluman korg mmg ada port makanan yg halal lagi sedap kat sini. Contoh kedai Hotel Buhari, Telapakatti dll.. Korg kena try Nasi braini kat sini.. setiap kedai lain2 rasa.. superb dan aku gredkan nasi braini terbaik sepanjang abad.. 👑😅 Ada mcm2 lagi lauk rempah yg korg kena try.. seriously sedap dan korg mst takkan lupa..👍👍👍

                                   Port Breakfast Di Hotel 😋




                                       😍😍😍🥰🥰


                           Nasi Baryaini best selain Talappakatti 

Shopping 
Kalau nak dikira time apa paling best jawabnya shopping time laa.. 🛍 🤣🤣🤣 korg pun tau KA duk kat India .. jadi bg kaum hawa ni memang baju dorg Sari laa tak lain tak bkn.. 😅 So, byklaa pesanan kain sari dpt.. Kain kat sini murah2 org ckp.. betul.. mmg murah. Tapi korg kena pergi kedai yang betul.. Nasihat KA pergi kedai yg besar2.. Bila kedai besar stocks Kain Sari byk dan korg akan dpt byk Pilihan yg cantik2 dan murah.. Kalau kedai kecik2 ni Stock dorg amik tak byk dan harga agak mahal skt.. Utk makluman korg, Ada 2 company yg kira Ikan paus kat Chennai ni.. 1. Portty 2. Saravana.. kedai dorg ada byk cawangan.. tp paling besar di T Nagar. Dekat2 jer kedai dorg..kira mcm kat Malaysia Kedai Portty = Gulati & Saravana = Jakel.. 😂 KA memilih kedai Portty sebab selesa dan kualiti kain yg bagus telah dipilih.. medium dan high class akan cari kain kat sini.. Dekat Saravana pon ok jgk.. cuma system dorg agak byk proses.. jadi malas nak layan. Mcm mne tau? Sbb KA dh beli kain kat sana laa.. 😅😅 Tapi bagusnya Kedai Saravana ni dorg ada kedai runcit.. so pada korg nak beli rempah ratus bwk blk kat sini jgk.. 😋😋😋 Di India kedai runcit Di tgkat atas sbb nak elak kecurian.. korg taulaa rakyat ramai bukan senang nak control lagi2 yg kelas lg rendah dr Low class.. huhuhu..

                        Port Shopping Kain Sari murah & kualiti 




                                      Port beli rempah 


                                Port beli kain sari murah jgk 


                                           T Nagar 



Ok laa.. setakat ini sajer coretan KA kali ni utk trip Di Chennai India.. harap2 dapat membantu korg yg teringin nak travel or melancong or FAT kat sana.. Korg boleh komen dan bg pendapat korg tentang blog ni.. 

Sekian.. 
Ir. Khairull Amrey- KA
26/2/2020

Trail ke SK Longkogungon, Sabah

Assalamualaikum semua...  TRAIL SK LONGKOGUNGON, PENAMPANG SABAH 12.2.2023 Hai ging... Kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku lead group T...